Sabtu, 28 Ogos 2010

SALAM KEMBALI BERBLOGGING

Salam.

Jumpa kembali kita dalam laman blog ini. Setelah sekian lama menyepi dan menjauhkan diri daripada blog ini, hari ini terdetik kembali untuk kemas kini laman yang sekian lama terbiar.

Hari ini usia sudah meningkat 42tahun 14hari. Hal ini bermakna, sudah dua tahun menjejak kaki ke angka 4. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang membuatkan hidup menjadi kian mencabar hari demi hari. jadi, saban hari hati sentiasa berdoa agar diri ni tabah menghadapi dan mengharungi kehidupan di alam fana ini. Biar apa-apapun yang datang hidup mesti diteruskan dengan cara terbaik dan penuh bersemangat.

Hujung tahun ini, jika tiada halangan yang melintang sebuah tesis akan disiapkan untuk memasuki kelompok akademis. Semoga usaha-usaha menyiapkan tugasan itu berjalan lancar.

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua. Pastinya kerja-kerja musim ini diselangi kerja menyiapkan bahan hantaran adik bongsu yang akan dilangsungkan pada 2 Syawal nanti.

Banyaknya kerja...lakukan dengan cara terbaik agar tepung tidak berselark dan rambut tidak putus

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia.........Guru Pembina Bangsa dan Negara....

Ahad, 24 Ogos 2008

Alhamdulillah

Itulah kalimah suci bagi menggambarkan keikhlasan hati kita mengucap rasa syukur kepada Yang Maha Esa yang telah memberikan dan mengurniakan pelbagai nikmat atas muka buminya yang fana ini. Alhamdulillah!
Dalam sehari dua ini saya banyak mendapat berita dan megalami peristiwa yang manis dan menggembirakan, tetapi tidak kurang juga yang pahit. Bagaimanapun...suka saya berkongsi dengan anda tentang berita paling gembira saya iaitu menyambut kelahiran puteri tercinta pada jam 1.30 tengah hari, tanggal 22 Ogos 2008 lalu setelah lebih 38 minggu menunggu. Syukur!
Tangisannya semasa laungan azan bergema di corong mimbar masjid dan umat Islam sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat disambut dengan penuh kasih sayang oleh doktor bertugas dan bidan di Hospital Tengku Apuan Afzan, Kuantan. Terima kasih.
Kini sudah dua hari puteri itu melihat dunia fana ini...dan inilah saat dia meletakkan tanggungjawab di atas pundak ayahnya untuk membesar dan mendidiknya menjadi insan yang digarisi menerusi syarak....Insyallah.
Semoga jumpa lagi....

Sabtu, 16 Ogos 2008

Selamat Hari Lahir ke-40

Tanggal 15 Ogos lalu usia saya sudah mencecah 40 tahun. Emm...ramai orang kata inilah era usia untuk masuk ke gerbang dunia baru...betul ke? Kata pepatah Inggeria, Live is begin at 40. Entahlah...Walau apapun perjuangan dan hidup mesti diteruskan. Mungkin inilah titik baru dalam hidup saya dan sesiapa sahaja untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan cara terbaik dan diredhai oleh Allah SWT. Saya amat mengharapkan hidup ini bahagia, sempurna, selesa dan apa-apa sahaja yang mulus-mulus. Saat ini juga saya tengah berdebar menanti detik kelahiran anak yang ke-5. Dah masuk lima...alhamdulillah...rezeki Allah...itu juga ialah amanah yang dipertanggungjawabkan dan diletakan atas pundak ini untuk dipikul sebaik mungkin. tatanglah umpama menatang minyak yang penuh. Kepada semua bekas pelajar dan pelajar saya yang sedang berjuang di medan ilmu...jangan putus asa...teruskan perjuangan itu...andalah mujahid dan mujahidah yang bakal menjadi peneraju masa depan. Teruskan usaha...Anda pasti boleh!

Selasa, 12 Ogos 2008

Cuti...

Hari ni ambil cuti sampai 14 Ogos....Wan Nur Fatihah (anak kedua) kena Chicken Pop....ni yang ke-3 selepas Wan Abdul Mustaqim dan Wan Nur Adlina. Ha...tinggal Wan Abdul Mu'az yang belum dijangkiti lagi...harap-harap taklah...
Bila duduk di rumah banyak kerja yang nak kena buat....biasalah tu tugasan rutin....

Sabtu, 9 Ogos 2008

Emmmm

Penting juga kenangan masa lalu dalam hidup kita. Betul la kata tokoh sejarawan dunia, George Santayana, sesiapa yang melupakan masa lalu pasti cenderung untuk mengulanginya sekarang. Bila direnung-renungkan...banyak peristiwa yang berlaku sekarang tercetus daripada hari semalam. Kata satu watak dalam filem animasi yang baharu tersohor, Kung Fu Panda, semalam iala suatu sejarah, esok ialah suatu misteri tetapi hari ini ialah suatu pemberian atau hadiah. Jadi hargailah masa yang ada dengan menjalani pelbagai aktiviti berfaedah. Kita tidak mungkin memperoleh kembali masa yang sudah berlalu walau sesaat lalu kerana ia sudah pergi buat selama-lamanya. Ia hanya tinggal kenangan sekarang. Bila terkenang semula ketika sendirian pasti kita dijengah rindu akan detik itu. Semuanya akan menjadi syahdu, sedih, pilu, duka, lara, marah dan benci (ikut situasi peristiwa). Apa-apapun semoga kenangan lalu juga kita jadikan s ebagai teladan dan sempadan agar kita dapat menjalani hidup ini dengan gembira dan bahagia.

SPKG 08 - 8 - 10 ogos 2008

Hari ini ada perasmian program Sirih Pulang ke Gagang buat bekas guru dan bekas pelajar MRSM Kuantan. Ramai yang datang termasuk guru (hampir semua) dan bekas pelajar(hampir 200 orang). Tahun ni memang meriah. Menarik. Ada promosi celcom lagi. Harap-harap terkesan kepada pelajar kumpulan 2008 dan 2009. Banyak manfaat yang ada dalam program tu.