Ahad, 24 Ogos 2008

Alhamdulillah

Itulah kalimah suci bagi menggambarkan keikhlasan hati kita mengucap rasa syukur kepada Yang Maha Esa yang telah memberikan dan mengurniakan pelbagai nikmat atas muka buminya yang fana ini. Alhamdulillah!
Dalam sehari dua ini saya banyak mendapat berita dan megalami peristiwa yang manis dan menggembirakan, tetapi tidak kurang juga yang pahit. Bagaimanapun...suka saya berkongsi dengan anda tentang berita paling gembira saya iaitu menyambut kelahiran puteri tercinta pada jam 1.30 tengah hari, tanggal 22 Ogos 2008 lalu setelah lebih 38 minggu menunggu. Syukur!
Tangisannya semasa laungan azan bergema di corong mimbar masjid dan umat Islam sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat disambut dengan penuh kasih sayang oleh doktor bertugas dan bidan di Hospital Tengku Apuan Afzan, Kuantan. Terima kasih.
Kini sudah dua hari puteri itu melihat dunia fana ini...dan inilah saat dia meletakkan tanggungjawab di atas pundak ayahnya untuk membesar dan mendidiknya menjadi insan yang digarisi menerusi syarak....Insyallah.
Semoga jumpa lagi....

Tiada ulasan: